[ Pengenalan ] [ Biodata ] [ Pendidikan ] [ Kenalan ] [ Mutiara kata ] [ Muzik/midi ] [ album ] [ Komen ] [ love stories ] [ love songs ] [ link ] [ Resume ]
1986
TABIKA MARAS - Saya mendapat pendidikan seawal umur 6 tahun di sekolah tabika kampung Maras.
1987-1992
SEK.REN.KEB.MARAS - Setelah setahun berada di sekolah tabika, saya menyambung pembelajaran saya ke peringkat sekolah rendah iaitu di Sekolah Rendah Kebangsaan Maras. Setelah lima tahun belajar di sekolah rendah, saya akhirnya diuji dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk menentukan tahap pencapaian saya dalam pembelajaran. Alhamdulillah...walaupun saya hanya mendapat 2A, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi.....
1993-1997
SEK.MEN.KEB.TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN - Setelah tamat darjah 6, saya meneruskan pembelajaran saya ke peringkat sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin. Pada tahun 1995, saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan saya hanya mendapat 2A. Pada tahun 1997 pula, saya sekali lagi diuji dengan satu peperiksaan yang akan menetukan hala tuju saya selepas ini iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Alhamdulillah, saya berjaya mendapat pangkat 1 walaupun tidak setanding dengan kawan-kawan saya yang lebih cemerlang daripada saya.
1998-2000
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - Akhirnya saya berjaya menempatkan diri saya ke IPTA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya menjadi mahasiswi UPM selama 2 tahun dan akhirnya saya berjaya mendapatkan segulung diploma yang belum menjanjikan apa-apa untuk mengubah nasib diri saya selepas ini.............
[ Pengenalan ] [ Biodata ] [ Pendidikan ] [ Kenalan ] [ Mutiara kata ] [ Muzik/midi ] [ album ] [ Komen ] [ love stories ] [ love songs ] [ link ] [ Resume ]